Notis Perlindungan Data Peribadi

Kami di ZUL RAFIQUE & partners menghormati kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi anda. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda  bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda melantik pihak kami untuk memberikan perkhidmatan. Bukan itu sahaja, Notis ini turut bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami memproses data peribadi anda apabila anda mengakses dan menggunakan laman sesawang kami atau berhubung dengan kami melalui mesyuarat, seminar, ataupun persidangan.

Dengan melantik kami untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda dan juga dengan mengakses dan menggunakan laman sesawang atau berinteraksi dengan kami, anda dengan ini telah bersetuju dengan penggunaan, pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh pihak kami mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. 

Notis ini akan tertakluk kepada pindaan dan pengemaskinian dari masa ke semasa. Oleh itu, adalah disarankan supaya pihak anda menyemak Notis ini di laman sesawang kami dari masa ke semasa untuk memastikan sebarang pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan adalah dalam pengetahuan anda. Dengan meneruskan perlantikan dan penggunaan khidmat kami selepas apa-apa pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini, ia secara langsung menandakan penerimaan anda terhadap pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini.

Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpul?

Data peribadi secara amnya bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pengenalan diri anda. Tanggungjawab kami terhadap anda memerlukan kami
mengumpul dan memproses data peribadi anda. Pemprosesan dan pengumpulan data peribadi anda bermula dari awal perkhidmatan kami bersama anda termasuklah
sebarang interaksi diantara pihak kami dan anda, selepas itu, dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengambilan atau penggunaan khidmat kami. 

Jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah:
(a)     nama, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, nombor kad pengenalan/passport,
         status kependudukan, alamat surat-menyurat, butiran perhubungan termasuk
         nombor telefon bimbit, pejabat dan kediaman dan faksimili, alamat email, butiran
         perbankan, maklumat kewangan / kepercayaan kredit;
(b)     kategori pekerjaan (sektor awam, kerajaan, bekerja sendiri, tidak bekerja
         atau 
lain-lain), nama majikan dan alamat pejabat, butiran hubungan dengan
         syarikat 
(sebagai contoh promoter, pengarah, pemegang saham);
(c)     maklumat-maklumat lain yang relevan dan perlu untuk:
         (i)    melantik kami untuk memberi khidmat guaman
         (ii)   memberi khidmat guaman; dan
         (iii)   menepati keperluan undang-undang dan pengawalseliaan.
(d)     apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh anda atau pihak-pihak ketiga
         berkenaan dengan anda. 

Sumber Data Peribadi

Kebanyakan data peribadi yang dikumpul oleh kami adalah data peribadi yang dikemukakan kepada kami oleh anda. Walaubagaimanapun, data peribadi anda juga boleh dikumpul oleh kami dari sumber-sumber yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, agensi atau jabatan kerajaan, pendaftaran awam, laman sesawang, media sosial, penerbitan, seminar, dan persidangan. 

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Sebagai sebuah firma guaman, kami mengumpul dan memproses data peribadi anda
untuk tujuan berikut:
(a)     pengesahan identiti anda;
(b)     berkomunikasi dengan anda termasuk memberikan maklum balas terhadap
         pertanyaan anda;
(c)     semua tujuan berkaitan dengan perlantikan kami;
(d)     untuk memberikan khidmat guaman;
(e)     untuk mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan termasuklah
         perintah mahkamah;
(f)      bagi operasi harian kami dan tujuan pentadbiran termasuklah pengurusan
         fail, bil dan kutipan, audit, laporan, penyiasatan dsb.;
(g)     bagi tujuan menguatkuasakan dan mempertahankan hak-hak perundangan kami
         dan/atau mendapatkan nasihat perundangan;
(h)     menghantar bahan-bahan atau penerbitan termasuklah surat berita, artikel-
         artikel atau maklumat berkenaan majlis-majlis, persidangan-persidangan,
         seminar-seminar dan ceramah-ceramah yang mungkin menarik minat anda;
(i)      untuk mempromosi, menawar atau mengiklan perkhidmatan kami kepada anda;
(j)      untuk dihantar sebagai sumber rujukan berpotensi kepada (i) editor-editor / 
         penyelidik-penyelidik di dalam penerbitan dan jurnal-jurnal dan/atau
         (ii) klien-klien / klien-klien berpotensi yang memohon rujukan kerja-kerja 
         terdahulu berkaitan apa-apa cadangan, penghujahan, tawaran atau bidaan;
(k)     untuk membantu pencegahan, pengesanan atau penyiasatan jenayah atau
         kemungkinan aktiviti-aktiviti jenayah atau bagi pentadbiran keadilan;
(l)      tujuan audit dalaman dan keselamatan;
(m)    bagi tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan
         persetujuan oleh anda; dan
(n)     bagi segala tujuan lain berkaitan atau bersampingan dengan perkara-perkara
         di atas. 

Penzahiran Maklumat Peribadi Anda 

Di bawah keadaan-keadaan tertentu, kami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti berikut:
(a)     mana-mana orang yang diarahkan oleh atau yang telah dipersetujui oleh anda;
(b)     mana-mana orang yang berkenaan bagi tujuan-tujuan perlantikan khidmat
         undang-undang dan/atau transaksi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad
         kepada pihak lawan, perunding-perunding lain, institusi-institusi kewangan,
         badan-badan pengawalseliaan dsb;
(c)     mana-mana orang bagi tujuan pematuhan undang-undang dan pengawalseliaan;
(d)     Pihak pemproses data iaitu pihak ketiga yang akan berkhidmat bagi memproses
         data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada storan arkib,
         pemberi khidmat kemasukan data, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan
         komputer, perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan
         institusi-institusi kewangan dsb; dan
(e)     penasihat-penasihat profesional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada
         penasihat undang-undang, penasihat-penasihat cukai, penasihat-penasihat
         kewangan, juruaudit-juruaudit, broker-broker insurans dsb. 

Kami juga boleh memindah data peribadi anda keluar dari Malaysia bagi tujuan-tujuan dan kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis ini. Data peribadi anda juga akan dipindah keluar dari Malaysia jika anda berada di luar Malaysia. 

Kewajipan untuk Memberi Data Peribadi

Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan maklumat yang diberikan kepada kami. Maklumat yang disenaraikan di atas adalah secara sukarela. Jika anda tidak memberi maklumat di atas atau mengehadkan cara bagaimana maklumat tersebut diproses, kami tidak dapat:
(a)      berkomunikasi atau berhubung dengan anda;
(b)      bertindak di dalam perlantikan atau transaksi undang-undang dan/atau memberi
          perkhidmatan kami kepada anda; dan atau
(c)      memberikan anda akses kepada laman sesawang kami. 

Akses dan Pembetulan Data

Jika anda ingin:
(a)      mengakses maklumat peribadi anda;
(b)      memperbetulkan atau mengemaskini data peribadi anda; atau
(c)      menarikbalik persetujuan anda atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda,

sila hantar permintaan bertulis anda kepada: 

Penolong Pengurus
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran
Zul Rafique & Partners
D3-3-8 Solaris Dutamas
No.1 Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur, Malaysia 

Telefon     : 03-6209 8228
Faksimile   : 03-6209 8331 

Caj pentadbiran akan dikenakan bagi permintaan di bawah perenggan (a), (b) dan (c) di atas. 

Kami berhak untuk menolak permintaan anda jika dibenarkan di bawah undang-undang. 

Penafian 

Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Kami menganggap bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami.

Kami menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat majikan, maklumat rakan-rakan sekerja atau maklumat keluarga adalah tepat, terkini dan lengkap dan anda telah mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk menzahirkan maklumat tersebut.

Percanggahan

Jika terdapat percanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.